Memberi Pertolongan kepada Kawan dan Sahabat

 

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu masa kami di dalam perjalanan, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang menunggang binatang, lalu dia memandang ke kanan dan ke kiri. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan lebih hendaklah diberikan kepada orang yang tidak ada kenderaan dan sesiapa yang mempunyai bekalan lebih diberikan kepada orang yang tidak ada mempunyai bekalan.” Seterusnya Baginda menyebut berbagai-bagai lagi harta yang patut dibelanjakan, sehinggalah kami semua faham dan sedar bahawa sesiapa pun di antara kami mempunyai harta yang banyak dan berlebihan daripada keperluan sendiri. Maka mereka tidak lagi berhak ke atas harta-harta tersebut.

(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith :

Memberi bantuan kepada orang Islam yang perlu pertolongan sama ada semasa bermukim atau pun musafir dituntut oleh Islam supaya terlaksana kesamarataan antara muslimin.
Islam tidak menentukan cara atau bentuk bantuan yang akan diberikan oleh seseorang kepada orang lain, asalkan bantuan itu dapat memberi faedah seperti menumpangkan kenderaan, memberi makanan, minuman dan lain-lain meliputi semua perkara yang diperlukan oleh seseorang yang berada di dalam keadaan kesusahan.
Tolong-menolong tidak terbatas kepada makanan dan minuman malahan mencakupi semua keperluan hidup.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Kredit Jakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *