‘Sebaik-baik Ucapan’

 

Daripada Abu Yaqazhan Ammar bin bin Yasir RA katanya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seseorang yang memanjangkan sembahyangnya dan memendekkan khutbahnya adalah tanda orang yang memahami dalam urusan keagamaannya, sebab itu, panjangkanlah sembahyang dan pendekkanlah bacaan khutbah.”

(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith :

  1. Cara melaksanakan sembahyang jumaat mempunyai peraturan yang tertentu yang boleh dipatuhi oleh imam dan makmum sekalian.
  2. Disunatkan memanjangkan sembahyang dan memendekkan khutbah kerana khutbah yang pendek tidak menjemukan orang ramai. Sebaik-baik ucapan adalah yang pendek dan memberi faham.
  3. Maksud khutbah pendek ialah isinya yang ringkas, padat, terang dan bernas serta mudah difahami oleh jemaah dan sembahyang yang panjang berbanding dengan khutbah.
  4. Sebaik-baiknya khutbah ialah yang bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan supaya nasihat yang diberikan di dalam khutbah itu benar-benar memberi kesan kepada jemaah.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Credit Jakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *