Seksaan Neraka

 

Daripada Samurah bin Jundab RA bahawasanya nabi SAW bersabda : “Sebahagian daripada penghuni neraka akan dijilat api neraka hingga ke tumit, sebahagiannya hingga ke lutut, sebahagiannya hingga ke pinggang dan sebahagiannya pula hingga ke tulang leher.”

(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith :

Seksaan neraka adalah bertahap-tahap mengikut amalan yang dilakukan oleh golongan kafir dan berdosa
Umat Islam disuruh supaya menjauhi perbuatan-perbuatan jahat untuk mengelakkan diri daripada seksaan Allah SWT.
Rasulullah SAW menyebut seksaan neraka yang mengerikan adalah untuk menakutkan umatnya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang atau meninggalkan perkara yang disuruh yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam azab tersebut.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
Kredit Jakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *